top of page

Lawatan ke MetMalaysia

Pada 23 April 2015, pelajar yang mengambil subjek High Performance Computing bersama Dr Masnida telah membuat lawatan rasmi ke Jabatan Meteorologi Malaysia yang terletak di Petaling Jaya. Kami diberi taklimat oleh En Ambun Dindang. Jabatan Meteorologi Malaysia ini sebenarnya adalah dibawah kelolaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Kami diberi penerangan tentang asal usul dan sejarah penubuhan jabatan ini. En Ambun juga memberi penerangan tentang skop tugas mereka dalam jabatan meteorologi Malaysia ini selain itu, cara- cara dan peralatan yang digunakan dalam pemantauan cuaca turut ditunjukkan supaya kami mendapat gambaran yang jelas dalam tugas mereka. Kami turut di dedahkan bagaimana mereka berkongsi data yang sudah dianalisis. Antara medium yang digunakan dalam perkongsian data adalah


  • SMS (Short Messaging System)

  • Penyiaran di tv

  • Siren tsunami

  • FLAS – Fix Lined Alert System

  • Radio tempatan

  • Media

  • Social media

Kami kemudian dibawa meninjau sekitar pejabat jabatan meteorologi Malaysia dimana kami ditunjukkan bagaimana mereka mengawasi perubahan iklim dalam menentukan keadaan cuaca. Segala perubahan termasuk dari segi cuaca, iklim, suhu, keadaan air pasang dipantau untuk mendapatkan ramalan yang tepat. Selain itu kami juga didedahkan bagaimana mereka mengkaji dan mengawasi sifat gempa bumi dan tsunami dan cara mereka memberi amaran tentang sesuatu bencana.

Kami dIberi penerangan mengenai bagaimana pengawasan ombak dikawasan pantai seluruh Malaysia dilakukan

Gambar A , B dan C memaparkan peralatan yang digunakan untuk mengawasi ombak dikawasan pantai seluruh malaysia

Gambar A

Gambar B

Gambar C

Kami diberi penerangan mengenai bagaimana laporan kaji cuaca dilakukan

Antara peralatan yang digunakan untuk mengkaji dan meramal cuaca diseluruh Malaysia

Kami dibawa melawat bilik penyiaran laporan cuaca

Hasil dapatan daripada lawatan ini adalah kami memperoleh pengetahuan dalam bidang kajian cuaca dan bencana alam dan juga cara mengawasi dan mengkajinya. Antara peralatan yang digunakan dalam mengkaji sifat cuaca adalah, radar, satelit, stesen meteorologi, stesen seismic, penanda air pasang, pelampung tsunami dan kamera cuaca dan pantai. Data- data yang diperolehi dari perlatan tersebut dihantar ke pusat pengumpulan data dan di analisis dan seterusnya, perkongsian maklumat, amaran-amaran di berikan kepada mana-mana organisasi yang memerlukan maklumat tersebut seperti, militari, media, nelayan, pertanian, minyak dan gas, dan syarikat penerbangan.



bottom of page